

Hye. Lame da aq tak post new entry kan. So , ari ini aq nak tulis entry tentang ape yang aq buat on this weekend.
Minggu ni mak aq datang KL . Nak pergi rumah Pak long aq. Al maklomla kan , cuti sekolah da bermula , so , mama aq datang la KL ni untuk berjalan jalan dengan adik adik aq. Tp bukan my family je pergi. Pak usu aq dari JB pon nak ikut sekali jalan jalan dengan family die. Family mak ude aq pon ikot la jgk sebab mama aq nak bawak sekali family mak ude aq. Ok la tu diorang nak ikot sekali sebab atok and nenek aq pown nak ikot sekali. So tak ade la nak berimpit impit satu kereta sampai sesak nafas. Hehehe.
Ok la , ari sabtu kitorang pergi majlis kenduri kawen anak sedare maklong aq kat Cheras. Lame la jugak duduk sane. Dari pagi sampai petang. Tapi tak de la petang mane. hehehehe. Sementare nak tungu majlis abis Pak usu aq bersuare tanye mama aq tak de pergi mane mane lagi ke. Tak kan teros balek. Boring la kalu macam tu. Lepas pikir punye la pikir. Pak long aq pon bawak la pergi KLCC. Aq on jerk. Ingat nak jalan2 biase jerk. Rupe nye mama aq nak bawak masok AQUARIA. Pergh aq cakap. Ramai tu kalo nak bawak masok tempat tu. Kalo murah tak pe. Dah la mahal , pas 2 ramai pulak tu. Ade la dalam 20 orang sume sekali. Paklong aq pown cakap tak payah la sebab mahal sangat. Mama cakap tak pe. Die belanje. Paklong aq pown senyap je la. After setel kan pembayaran kitorang pown masok. tapi nasib baek pameran nye tidak mengecewakan. Sedare sedare aq yang kecik kecik lagi suke giler aq tengok. Terlompat lompat tengok ikan. Yela , da ikan yang ade kat situ pelik pelik. Memang la masing masing pelik kan. hehehe. Aq pon tumpang seronok je la. Kat bawah ni ade la beberapa keping gambar yang aq sempat ambil sebelom handset aq mampos sebab aq lupe charge malam sebolom jalan ni. aish . geram aq. hahaha.
Adek aq palin kiri pas tu my mom nenek and atok. Lagi 2 orng yang kat depan tu sedare aq.
Budak kecik baju hijau ni nakal giler. geram aq tengok dier ni.hehe
teka sape ni. Hehehe
My mom da pandai posing sekarang. chayok2. hehehe
Women team. hehehe
Tu la antare gamba gamba yang aq ambil sebelom handset aq abis batery. Tak gune betol la. Time time macam ni la bateri boleh habis. Aish. geram aq. hahaha. Memang best la kan dapat spend my time with them sebab sekarang ni aq susah nak cuti. Nak ambil cuti taon pown pikir 9 , 10 kali. hehehe. Tah bile lagi la bole jalan jalan macam ini lagi kan. hehehe. ok la guys. see u in next entry..:)
Hye. Just a short entry. Akhirnye aq berjaye membuat satu header baru untuk aq.hehehe. Tak sangke pulak aq dapt buat header ni. Walopon header ni simple tapi bole la. Nak suroh orang buat kan x de sape yang nak buat kan. So, kene la buat sendri. Kat bawah ni aq serta kan la sekali header terbaru aq.
Haaa. Ok x guys. Ok la kan sbb aq edit gune editer biase je sebab aq tak pandai gune software2 ni. Kalo ade sape2 yang nak ajar aq gune software dalam bab edit mengedit ni sila la ea....Amat di alu alu kan..hehe.. Ok la. Aq kene stdy ni sbb esok ade final exam. Tu dapat buat short entry je ni. See u in next entry. daaaaa....=)
Assalamualaikum diucapkan pade yang beragama Islam dan hello pade yang non muslim. Tu pon kalo ade yang non muslim bace blog aq la ea. Hehehe.
Study , study and study. Adoyai. Tak best kan bile dengar perkataan tu. Aq da penat da dengar perkataan tu. Aq pon percaye yang korang sume pon pening kepale dengar perkataan tu. kankankan. Tapi nak buat macam mane. Itulah perbuatan yang kite kene buat untuk meneruskan kehidupan kite ataupon perbuatan yang boleh membuat kan kite survive dalam hidup ni. Tu la , bak kate pepatah , Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah. Nak taip entry ni pon susah jugak sebab da berape lame da aq study macam mane nak buat bende alah ni. hihihi.
So , kesimpulan nye study la ea kawan2 sebab aq pon kene stdy malam ni. Jumaat ni ade exam. adoyai. Tu tak pasal2 aq buat entry pasal stdy ni. huhuhuhu. ok la...see you all next entry...hehehe
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..... 1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera 1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. . Seminggu selepas FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik) Alfonso: selamat pagi Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang.. Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi hang ada kat sana..... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ. |