drop your link here and i will follow you...:)

Sabtu, 30 Julai 2011

Kedai 1 Malaysia

Hye . Semalam aq pergi beli tiket nak balik kampung sempena bulan Ramadhan yang akan datang tidak lame lagi . Dalam perjalan ke itu aq kena ke stesen LRT di Kelana Jaya . Selepas sampai distesen LRT Kelana Jaya aq hendak beli air di kedai 1 Malaysia . Malumlah kalau sudah penat kan . Lagipun harga di kedai tu teramat la murah . Tapi sesampai nye disane , aq rase sangat kecewa . Kenapa ? Sebab terlalu ramai orang membeli belah disitu . Bayangkan lah nak masok susah . Yang tengah mencari barang satu hal . Yang beratur nak bayar pun satu hal lagi . Adoyai . Hehehe


Di luar kedai yang sesak.


Di dalam kedai yang lagi sesak.hehe



Nampak nye usaha kerajaan Malaysia ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan walaupun sekarang ni ramai yang tidak suke kerajaan Malaysia . Tapi di harap kerajaan membuka lagi cawangan kedai 1 Malaysia di tempat tempat yang lain untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia ini di kawasan yang lain pula . hehehe . Ok . Peace No War . :)


Khamis, 28 Julai 2011

Good Luck Harimau Malaya



Hye . Malam ni merupakan penentuan pasukan mana yang akan layak ke pusingan seterusnya dalam aksi bola sepak kelayakan piala dunia . Saya salah seorang penyokong bola sepak Malaysia mahu mengucapkan selamat berjaya pada skuad kebangsaan negara agar mereka boleh menundukkan pasukan singapura yang agak angkuh itu .

Permainan Harimau Malaya pada hari ni ini akan diiringi oleh sokongan padu saya dan semua rakyat Malaysia . So , play well Harimau Malaya . We know Malaya Tiger will defeat The Lion Team . :)

Isnin, 25 Julai 2011

Genting Highlands

Hye . Today I feel so happy . Dapat berjalan dengan kawan kawan aq adalah salah satu cara aq meng happy kan diri aq ini . Melepaskan tension dengan cara bersiar siar atau makan angin adalah salah satu cara nak release tension tau . Tapi agak agak kamu semua la kan. Aq dengan kawan kawan aq pegi mane ? Haaaa . Gambar gambar berikut adalah jawapan pada soalan tadi . Hehehehe .


Haaa . Ini la tempat nye. Dah lame tidak pergi
GENTING HIGLANDS




When that spinner is spinning.



Orang tidak ade lagi . Tak tau nak buat ape .



Baik punye picture.



Tak tau nak buat ape.



Budak kiri sekali tu memang tak penah puas hati
dengan aq . Hehehe .


Tapi aq agak terkilan sedikit sebab kereta kabel @ Skyway Cable Car tidak beroperasi kerana under maintenance . So , terlepas lagi la chance aq nak naik kereta kabel . Hehehe . Tak pe . nanti len kali kite pergi lagi ye kawan kawan . ok la . Thats all for tonight . Daaaa . :)

Khamis, 7 Julai 2011

Result Of Draw For Asian Qualifiers For Men's Olympic Football Tournement London 2012

Hello guys . Long time no see right . But its ok because start from now , i will try to update my blog again as many entry as possible . Hehehe . Lame betol kan entry baru ni nak masuk . Aq ni bukan nye malas nak update , tapi tu la . Aq pon tak tau kenape . Hehehe .


Ok la , entry malam ni aq nak share sikit mengenai prestasi dan perkembangan bola sepak Malaysia ni . Tapi aq rasa tak terlambat lagi aq nak ucapkan Tahniah kepada skuad senior kerana dapat melangkah ke pusingan seterus nye dalam kempen kelayakan Piala Dunia . Aq harap mereka dapat pergi lebih jauh lagi dan angan angan rakyat malaysia untuk melihat pasukan negara melangkah ke Piala Dunia akan tercapai . Tak kisah lah piala dunia tahun 2014 ke , 2018 ke aq tak kisah. Yang penting mereka akan ke situ . hehehe.



Tak lupa juga pada skuad olimpik , tahniah kerana berjaya ke peringkat yang lebih tinggi . Tapi aq harap mereka tak terlalu leka dengan kemenangan lalu kerana cabaran untuk medapat kan slot ke sukan olimpik pada kali ini semakin mencabar.

Mana tidak nya . Pada pusingan seterusnya , 12 pasukan yang terakhir akan dibagikan kepada 3 kumpulan dengan cara undian dan undian telah pon di jalan kan pade hari ini yang bertempat di AFC house . Cabaran Pasukan Malaysia pula semakin berliku apabila di undi bersama dengan pasukan nombor satu Asia iaitu Jepun dan dituruti dengan pasukan Bahrain dan Syria . Berikut ade lah keputusan undian 12 pasukan terakhir yang akan merebut ke slot olimpik bagi benua asia .





Aq harap pasukan Malaysia boleh melepasi semua halangan yang ade untuk menempah tiket ke slot olimpik 2012 dan piala dunia 2014 or 20?? hehehe . ok la see ya .
Malaysia Boleh . Majulah sukan untuk negara . hehehe . :)

Khamis, 23 Jun 2011

WeLComE BaCK BloGgeR

Hye . Now i have a announcement . I want tell to all of you that , start from now and next , me as a blogger for this blog will officially come back to make an entry as soon as possible . Hopefully you all be patient to wait my next entry . This is because i need to make few adjustment for my lovely new laptop because it still new and do not have many software yet . I promise i will proceed to make an entry after i have done made few adjustment on my laptop. So , i want wish something for my own . WeLcComE BAck tO BLoggER WorLD . See you soon . Smile always.....:)



(saje je gedik gedik nak tulis english language . maaf kan aq kalau ade membuat kesalahan grammar . hahaha)

Ahad, 3 April 2011

Laptop oh Laptop

Hye. Dah lame aq tak update aq punye blog ni kan. Sampai da bersawang abis da ni. Penat aq bawak penyapu dan barang barang cleaner semate mate nak cuci blog aq yang dah bersawang ni. Hahaha. Nak wat cam ne. Sekarang ni aq tengah mengalami satu masalah yang besar yang menyebab kan aq tidak dapat meng-update blog aq ni.

Masalah nye ialah datang dari laptop aq sendiri. Boleh pulak kan rosak time time macam ni. Sebab tu la aq tak dapat update aq punye blog ni. Memang masalah betol la. Sebelom ni memang aq da hantar laptop aq ke kedai. Abis RM180 kat situ. Orang tu cakap ade warranty semingu. aq pon ok je la. Tup tup , hari ke-8 pulak la die buat hal balik. Last last , lantak ko la laptop. Nak meletop ke nak berkecai ke. Pedulik ape aq. Merajok sudah dengan kau laptop. HAHAHA.

Pape pon thanks la to housemate aq sebab bagi pinjam laptop die kat aq. Ok la. Sampai di sini dulu la ea entry kali ni. Kalau laptop aq da ok akan akan masok kan lagi entry entry yang baru untuk kamu semua. ok la. Daaaaa...:)

Selasa, 22 Mac 2011

Pabila facebook menjadi lembab

Hye. Aq rase dah lame aq tak buat entry baru kan. Al maklumlah , pabila laptop rosak. Memang tak bole buat ape ape la kan. Terpaksa lah anto kedai untuk repair. Nasib baik lah masok kedai satu hari jerk. Kalo berhari hari. Memang lagi bersawang la blog aq ni agak nye. hehe. Dan sebab laptop aq ni jugak la duit aq hampir abis dalam RM200 untuk kos repair saje. Adoyai. Pokai giler aq mingu ni. Lari budget untuk bulan March ni. Sabo je la kankankan

So ape akn jadi pabila FB menjadi selembab kura2.


Ape lagi. Berlateh men PES la. Tak sangup lagi aq dikalahkan oleh membe2 aq. Jage la korang. aq da training da ni. Siap korang. Hahahaha.


tengok.siap ade joystick lagi.sangup aq beli utk
berlatih tau.hahaha



PES 2011



Pe macam. Ade sape sape tak yang teringin nak lawan aq. hahaha. So , lebih bek aq berlatih men PES dari aq tungu page FB yang lembab lagi lambat tu and pade sahabat sahabat aq , lepas ni jangan cube nak memperkotak katik kan aq dalam bidang ni k. hahaha. ok. Daaaaa...:)

Ahad, 13 Mac 2011

Jalan-Jalan

Hye. Lame da aq tak post new entry kan. So , ari ini aq nak tulis entry tentang ape yang aq buat on this weekend.

Minggu ni mak aq datang KL . Nak pergi rumah Pak long aq. Al maklomla kan , cuti sekolah da bermula , so , mama aq datang la KL ni untuk berjalan jalan dengan adik adik aq. Tp bukan my family je pergi. Pak usu aq dari JB pon nak ikut sekali jalan jalan dengan family die. Family mak ude aq pon ikot la jgk sebab mama aq nak bawak sekali family mak ude aq. Ok la tu diorang nak ikot sekali sebab atok and nenek aq pown nak ikot sekali. So tak ade la nak berimpit impit satu kereta sampai sesak nafas. Hehehe.

Ok la , ari sabtu kitorang pergi majlis kenduri kawen anak sedare maklong aq kat Cheras. Lame la jugak duduk sane. Dari pagi sampai petang. Tapi tak de la petang mane. hehehehe. Sementare nak tungu majlis abis Pak usu aq bersuare tanye mama aq tak de pergi mane mane lagi ke. Tak kan teros balek. Boring la kalu macam tu. Lepas pikir punye la pikir. Pak long aq pon bawak la pergi KLCC. Aq on jerk. Ingat nak jalan2 biase jerk. Rupe nye mama aq nak bawak masok AQUARIA. Pergh aq cakap. Ramai tu kalo nak bawak masok tempat tu. Kalo murah tak pe. Dah la mahal , pas 2 ramai pulak tu. Ade la dalam 20 orang sume sekali. Paklong aq pown cakap tak payah la sebab mahal sangat. Mama cakap tak pe. Die belanje. Paklong aq pown senyap je la. After setel kan pembayaran kitorang pown masok. tapi nasib baek pameran nye tidak mengecewakan. Sedare sedare aq yang kecik kecik lagi suke giler aq tengok. Terlompat lompat tengok ikan. Yela , da ikan yang ade kat situ pelik pelik. Memang la masing masing pelik kan. hehehe. Aq pon tumpang seronok je la. Kat bawah ni ade la beberapa keping gambar yang aq sempat ambil sebelom handset aq mampos sebab aq lupe charge malam sebolom jalan ni. aish . geram aq. hahaha.



Adek aq palin kiri pas tu my mom nenek and atok. Lagi 2 orng yang kat depan tu sedare aq.




Budak kecik baju hijau ni nakal giler. geram aq tengok dier ni.hehe




teka sape ni. Hehehe



My mom da pandai posing sekarang. chayok2. hehehe




Women team. hehehe



Tu la antare gamba gamba yang aq ambil sebelom handset aq abis batery. Tak gune betol la. Time time macam ni la bateri boleh habis. Aish. geram aq. hahaha. Memang best la kan dapat spend my time with them sebab sekarang ni aq susah nak cuti. Nak ambil cuti taon pown pikir 9 , 10 kali. hehehe. Tah bile lagi la bole jalan jalan macam ini lagi kan. hehehe. ok la guys. see u in next entry..:)

Khamis, 10 Mac 2011

New header


Hye. Just a short entry. Akhirnye aq berjaye membuat satu header baru untuk aq.hehehe. Tak sangke pulak aq dapt buat header ni. Walopon header ni simple tapi bole la. Nak suroh orang buat kan x de sape yang nak buat kan. So, kene la buat sendri. Kat bawah ni aq serta kan la sekali header terbaru aq.



Haaa. Ok x guys. Ok la kan sbb aq edit gune editer biase je sebab aq tak pandai gune software2 ni. Kalo ade sape2 yang nak ajar aq gune software dalam bab edit mengedit ni sila la ea....Amat di alu alu kan..hehe.. Ok la. Aq kene stdy ni sbb esok ade final exam. Tu dapat buat short entry je ni. See u in next entry. daaaaa....=)

Selasa, 8 Mac 2011

Study , Study and Study.

Assalamualaikum diucapkan pade yang beragama Islam dan hello pade yang non muslim. Tu pon kalo ade yang non muslim bace blog aq la ea. Hehehe.

Study , study and study. Adoyai. Tak best kan bile dengar perkataan tu. Aq da penat da dengar perkataan tu. Aq pon percaye yang korang sume pon pening kepale dengar perkataan tu. kankankan. Tapi nak buat macam mane. Itulah perbuatan yang kite kene buat untuk meneruskan kehidupan kite ataupon perbuatan yang boleh membuat kan kite survive dalam hidup ni. Tu la , bak kate pepatah , Bukan Senang Nak Senang dan Bukan Susah Nak Susah. Nak taip entry ni pon susah jugak sebab da berape lame da aq study macam mane nak buat bende alah ni. hihihi.

So , kesimpulan nye study la ea kawan2 sebab aq pon kene stdy malam ni. Jumaat ni ade exam. adoyai. Tu tak pasal2 aq buat entry pasal stdy ni. huhuhuhu. ok la...see you all next entry...hehehe

Khamis, 3 Mac 2011

My secret

Hye. Gempak kan tajok aq. Tapi sebenar nye , entry aq malam ini adalah berkenaan rahsia aq dan seseorang yang dilahirkan pada bulan March. Agak agak la kan , nape ea aq pilih bulan March. Kalau nak tau , aq pilih bulan ini sebab aq lahir pada bulan March. Kalau aq lahir bulan Ogos mesti la aq letak untuk bulan Ogos. kankankankan. Hehehehe. Jangan marah ea.

Ok , entry aq malam ni khusus untuk sape2 yang lahir same bulan dengan aq iaitu bulan March. Kajian ini telah dijalankan sendiri oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah. Aq agak2 je la sebab application kat FB tulis macam 2. Kalau salah maaf kan saya ea Dato'. Saya tak tau. hehehehe.

Rahsia karekter seseorang yang dilahirkan pada bulan March :
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Pemalu dan pemendam rase.
  • Sangat baik , jujur , pemurah dan amat mudah bersimpati.
  • Sangat sensitif pada pertuturan yang dicakap kan dan pade alam semulajadi.
  • Sangat suka kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan pekerjaan yang berkhidmat pada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Suka berangan angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja
  • DAN BERMACAM MACAM LAGI.

Dan bermacam macam lagi tu makne nye aq da malas nak taip la. hehehe. Banyak sangat dan diatas ni adelah senarai rahsia rahsia aq dan budak yang lahir pade bulan March. Banyak kan.

Memang aq tak dapat nafi kan lagi kebanyakan sifat yang ditulis di atas itu memang ade pade diri aq. Terutama sekali sifat aq yang sangat manja dan sangat sensetip. ehhh. Macam pelik je kan. Hahahaha. Gedik siot. Hihihihi. Memang tak dapat dinafi kan lagi Dato' Fadzilah Kamsah merupakan seorang yang sangat arif dalam bidang2 kajian ini. Diharap Dato' teruskan lagi membuat kajian kajian seperti ini....:)


Selasa, 1 Mac 2011

Lawak

Hye..Hari ni aq ade jumpe lagi satu lawak kat page syok.org untuk di share kan dengan kamu semua. Mungkin sesetengah orang da tau lawak ni tapi pada yang belum tau lagi layannnn :)

SEJARAH ASAL MELAYU


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....



1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera



1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana



Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...



1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...



Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .



Seminggu selepas



FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah



Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi

Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya



hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,

hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang

macam macam lagi hang ada kat sana.....



Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan

pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat

ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Khamis, 24 Februari 2011

Suami Isteri Tukar Jantina

Hye. MAntap tak tajok entry aq kali ni. Mantap kan. Sebenarnye ini hanya lah satu cerite pengajaran khas untuk untuk kite sume. Aq terjumpe cerite ni kat syok.org. Aq just copy and paste je. Jangan marah ea orang2 syok.org. Just nak berkongsi cerite saje. Hehehe. Kat situ memang banyak cerita2 menarik dan Ini adelah salah satu cerita menarik yang aq jumpe untuk tatapan kite sume ok. Selamat Membaca....:)


SUAMI ISTERI TUKAR JANTINA

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah.

Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.Komdian kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran.

Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam.

Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur…. dan macam-macam pastu lagi.

Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe… Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps…. belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur…. … tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu…. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku
selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih.

Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan
anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali….’

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? …Beranaaak? ??……. Waaaaaa.. tak
nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk…!! !~~~~~ ‘

Bang, bang… Abangggg… apasal niii…..??’ Sergah satu suara di sisinya.Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,’Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami….. Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah….. Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya…


* Moral of the story: Hargailah apa yang diberikan oleh tuhan kita………

Isnin, 21 Februari 2011

Azizulhasni Awang : The True Harimau Malaya Warrior


Hye , tajok entry aq malam ni special siket. Aq tau mesti da ramai orang yang tulis tentang Azizulhasni malam ni. Tapi aq tak kire. Aq nak tulis jugak. Hihihihi. Bukannye ape , sekadar mahu melahirkan rase kagom yang amat sangat pade semangat die. Semangat Harimau Malaya. Tabik spring kat die.

Di sini aq ade sedikit gambar , laporan dan video mengenai ape yang terjadi pade Azizulhasni Awang.






MANCHESTER: Menahan kesakitan akibat betis kirinya tercedera tertusuk serpihan kayu trek, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang tetap menamatkan perlumbaan untuk muncul juara keseluruhan Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di sini, pagi semalam.

Terdahulu, Azizul terbabit dalam perlanggaran di selekoh terakhir saingan sirkit terakhir di Velodrom Manchester tetapi bangkit untuk meraihkan tempat ketiga. Ia sudah memadai bagi Azizul merangkul juara keseluruhan siri berkenaan.Perlumbaan itu dimenangi oleh Chris Hoy dari Britain yang juga mendapat tempat kedua secara keseluruhan.
Pelanggaran kelajuan tinggi di selekoh terakhir itu turut membabitkan Kamil Kuczynski dari Poland, Edward Dawkins (New Zealand) dan Juan Peralta Gascon (Sepanyol). Di kala Azizul meneruskan semula kayuhan, Dawkins menolak basikal ke garisan penamat, manakala Peralta berlari tanpa basikal yang menyebabkan penyertaannya dibatalkan.

Dengan serpihan kayu sepanjang 17.5 sentimeter (kira-kira tujuh inci) menembusi belakang betis ke tulang keringnya, anak muda dari Terengganu itu menunggang semula basikal dan membuat henjutan semula untuk memenangi pingat gangsa dan terus dibawa ke hospital untuk pembedahan selepas itu.

Hoy, seorang daripada dua yang menamatkan perlumbaan tanpa terbabit dalam pelanggaran berkata: “Azizulhasni biasanya akan membuat henjutan dan pecutan untuk memintas... jadi sesuatu yang seumpama itu mungkin tidak dapat dielakkan berlaku terhadapnya.”

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong yang turut berada di Manchester menyaksikan kejohanan itu, berkata Azizulhasni menjalani pembedahan kecil bagi mengeluarkan serpihan kayu itu dan berdasarkan ujian imbasan X-Ray, serpihan kayu itu tidak mendatangkan kecederaan serius pada tisu betis dan tidak mengenai tulang Azizulhasni.
“Azizulhasni memberitahu saya dia tidak berasa sakit dan hanya menyedari selepas berjaya menamatkan perlumbaan. Ketika dalam ambulans ke hospital, Azizulhasni yang menahan kesakitan masih sempat bercerita kepada saya mengenai hasratnya untuk mengejar pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 nanti,” katanya.




Cube kite lihat. Walaupon die da jatoh dan mengalami kecederaan yang serius. Die still lagi bile mengayoh basikal nye untuk menghabis kan perlumbaan die. So , kite berdoa la banyak2 supaya die cepat semboh dan dapat meneruskan lagi semangat Harimau Malaya yang ade pade diri nye.....Mari la kite Tabik Spring beramai ramai kat Azizulhasni Awang ok.....see yaa......:)

Sabtu, 19 Februari 2011

Lawak sang lalat

Hye. Ari ni aq nak kongsi dengan kamu semua tentang satu lawak ni. Lawak pendek saje. Saje nak share2 kan. Asik cerite kan tentang diri aq je. Sekali2 aq wat la entry2 lawak ni. Lawak ni pown bukan aq yang buat. Aq jumpe dekat kat page syok.org tadi. Pade sape2 yang dah bace lawak ni buat2 la belom bace lagi ea. Tp pada sape2 yang belom bace lagi. JOM. ZAAAASSSSSSS.......


Sang lalat dan bini lalat pergi merayau rayau mencari makan, mereka masuk ke dalam jamban untuk makan tahi. Bini lalat berkata..

Bini : “Bang, kenapa kita kena makan tahi hari-hari?”

Laki : “ Hish… Jangan cakap benda-benda kotor time makan!”





Hehehe. Macam mne lawak tadi. Care kan. Hihihi. Ok la. Kalau ade lawak2 yang laen nanti aq share2 lagi ea dalam blog Who Are You ? ni...Ok daaaaaa....

Jumaat, 18 Februari 2011

Ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara

Da lame aq tak tulis entry. So , today i will write it although it is just a short entry. Cewah , speaking plak kan. Sket2 boleh la. Banyak2 pon boleh , tp tak nak lah. Hihihihi.

Hari ni hari jumaat , tengah sedap2 aq lepak kat dalam bilek rehat dengan membe2 aq aq ade terdengar orang cakap something. Tapi ayat ni aq da edit la supaye sedap di dengar dan bole di jadikan cogan kate untuk kamu sepanjang hidup kamu sume. Hihihihi

"Ingat lah 2 perkare yang mesti di ingat dan lupe kan la 2 perkare ini yang kamu mesti di lupakan sepanjang hidup kamu".Setelah aq search di internet. Rupe2 nye ayat itu adelah ayat dari Saad Ibnu Abi Waqas. Agak2 la kan sape ea die ni. Kalo kamu sume nak tau die adelah the one of the important companians of the islamic prophet MUHAMMAD. Orang penting jugak ni semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

Lepas aq dengar ayat tu aq pown pikir la. Pikir punye pikir aq still lagi tak dapat tangkap ape maksud perkataan tu. Ape yang kne ingat , ape yang kene lupe. Pening kepala aq. Lastly orang tu pn beri penerangan tentang maksud ayat tadi tu.

2 perkara yang perlu diingat ialah:

1. Mengingati kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang lain kepada kita
2. Mengingati keburukan/kejahatan yang kita lakukan kepada orang lain

dan 2 perkara yang perlu dilupakan ialah:

1. Melupakan kebaikan yang kita lakukan terhadap orang lain
2. Melupakan keburukan/kejahatan oranglain kepada kita



Harap2 kamu sume paham la ea maksud ayat tersebut dan boleh la mem praktik kan nye di luar sane. So, kene lah tajuk entry aq dengan hari yang mulia ini iaitu hari jumaat. Jadi uztaz la sekejap aq hari ni. hehehehehe....:) RENUNG RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

Sabtu, 12 Februari 2011

Short trip at Ulu Yam

Haaaa best kan tajok ari ni. Memang la best pown sebab aq happy gile mase ni. Mane tak nye , first time aq pegi jalan2 ngan membe2 aq g Ulu Yam. Sebelom ni diorang da pegi PD ramai2 tapi aq tak dapat ikot sebab sedare aq kawen. So , nak tak nak , aq kene ikot jugak kali ni. Nasib bek la x de pape program mingu ni. Dapat la aq ikot.

So nak dipendekkan cite , pada ari Sabtu yang mendung ni iaitu ari ni , kalo di ikot kn pkol 8 pagi da kene berkumpol kat stesen petronas kat ara damansara. Aq , faizi , sahed , topek memang panctual. Pkol 8 da siap da nak pegi sane. Tapi tibe2 si Z ni cakap lepak dulu sbb budak2 diorng tak siap lagi. Maka tungu la kitorang. Tungu punye tungu punye tungu , mak ai , pkol 10 baru diorang tibe. Pergh , SABO JE LA. Total sume yang pegi adelah 14 orang , 7 bijik moto. 1 Lc , 1 belangR , 1 vespa , 1 wave , 1 panter , 2 ego. So cukup la 7 bijik moto. hehehe

Setelah sume ade , bermula lah perjalanan kitorang. Macam2 ragam budak ni. Hahahaha. Maklom la. Orang ngah happy kan.

Sampai je kat sane prasaan nk mandi tak dapat ditahan lagi. Tapi aq dapat tahan lagi. Aq steady je. Hahahahaha. Budak2 yang len tak dapat tungu da. Teros je terjon. Memang tak pikir ape lagi da. Bak kate pepatah “ape nak jadi , jadi la” yang penting diorang dapat mandi. Hahahaha. Ni aq ade beberape keping gamba yang aq sempat snap untuk share ngan korang sume.






on the way to Ulu Yam






masing2 mke excited nak mandi





termenung dlu..





Tau pon lapo.hahaha




posing dlu der.sowy seksi sket.




terjun la wahai rakan2 ku..haha



p/s : to mohd norsyahid , aq mintak maap sangat sebab tak banyak masok kn gambo yang ade ko sebab gamba ko sume bole mendatang kan kemarahan orang awam kat aq. paham2 la ea sahed. HAHAHAHAHAHA.

Jumaat, 11 Februari 2011

Dugaan

Orang kate dalam hidup ni memang banyak dugaan. Memang tak dapat di nafi kan lagi la. Semua orang akan dapat dugaan yang tersendiri. Hihihihi. Aq pon tak terkecuali untuk dapat dugaan ari ni. Banyak betol dugaan untuk aq ari kan. Macam2 ade. tapi yang aq nak kongsi kan tak la sume kan. Tak kan nak bg tau sume. Mane bole. Secret2. hihihihi.

Dugaan 1

Ari ni adelah ari exam untuk kelas aq. Tp kalo di ikot kn la , ari ni la ari last exam untuk aq. Aq pown stdy la. Akan tatapi selepas tengok kertas soalan dan soalan2 nye skali. "MAK AI. SOALAN BASIC JE DIE BAGI". Adoyai, aq tak bace pown yang basic td. Aq bace explaination je td. Ah lantak la. Jawab saje. Lulus bagos la , kalo fail re-exam je. Hahahaha . Lepas kelua bilek exam aq pown bincang2 sket la tentang soalan tadi dengan sahabat2 sejati aq. Check punye check ALAMAK. Banyak gile salah. Bole lulus ke ni. Hahahaha. Memang dugaan. SABO JE LA.

Dugaan 2

Waktu balek pon tibe. Lepas sampai kat rumah aq nampak tingkap bilek housemate aq yang bername faizi terbukak. Dalam ati aq berkate "ish, tadi da la ujan lebat.abis la basah tilam mamat ni". Aq senyap je la. Pas kitorang masok la umah. AAAAAARRRRHHHHH. Banjir der rumah. Tingkap umah mmg tak tutup. Dah la ujan lebat gile tadi. Abis banjir umah aq. Aq tros masok bilek faizi. hahaha. Abis lencun tilam die. Aq gelak kn die. Tengah syok2 gelak aq masok la pulak bilek aq. Setelah melangkah masok. "ish, asal basah kaki aq". Tengok2 bilek aq pown banjir skali la. Aq pown lupe tutup tingkap. Abis basah sume tilam aq. Tak pasal2 kene bersih kan bilek aq. Tu la. Tadi kuat sangat gelak faizi. Kan da kene. ish. Dugaan. SABO JE LA.


So , aq ade satu pesanan utk kamu2 sume. JANGAN KUAT SANGAT GELAK KAN ORANG. hehehe. Dan untuk melepas kan tnsion yang ter amat sangat , esok aq nk g jalan2 ngan sahabat2 sejati aq. Nak pegi mandi air terjun kat Ulu Yam. hihihihi. see yup. daaaaaaaaa...:P

Selasa, 8 Februari 2011

Di suatu petang

As'salam. Hye. Da lame aq tak update blog aq ni kan. Maklumlah. Orang busy kan walopon tak brape busy. Hihihihihi. Bukan nye busy sebab dating ea. Aq busy pon sebab mingu lepas aq ade final exam. Final exam ni bukan bermakne exam yang final untuk aq. Tapi cume exam untuk module yang aq blaja jerk. Kalo nk ikut kan banyak lagi module yang aq nak kene ngadap ni. Kalo module banyak lagi makne nye exam pon banyak lagi la. Hihihihihi.

Entry kali ni just nak share2 je experience aq petang tadi. Kalo di ingat kan blek klaka la jugak. Tp kalo di pikir kan kali kedue tak de la kelaka sangat. Adat la kan orang maen futsal pas tu jatoh.

Nak di mula kan cite lepas blek dari kerje aq siap2 la untuk bermain futsal dengan membe2 aq. Agak lewat juge aq tron sebab aq tron2 je di orang da nak start men. Aq pon tanpe segan silu tros je masok court. Jangan marah ea kawan2. Hihihihi.

Punye la syok main sebab da lame tak main futsal sampai kaki org pon disepak sepak. Hahaha. Tapi last2 , tengah sebok2 main sepak2 , aq tersepak pulak kaki sorang budak ni. Kalo taka de pape tak pe. Ni da la terjatoh , tergolek , berpusing , berguling dan macam2 lagi la. Tengok2 tangan dengan lutut calar balar sudah. Tak sangke plak kn ari first aq men futsal setelah sekian lame tak maen jd macam ni. Hahaha. Tak pe. Ni bermakne aq kene la tron men futsal setiap ari supaye aq tak terjatoh lagi laen kali.

Ok la sampai disini saje dulu la ea entry untuk kali ni. See you all next time in next entry in Who Am I ? daaaaaaa....:)